Monday, September 28, 2009
Tujuan hidup...
"Hidup hanya sekali", itulah ungkapan yang sering kedengaran bilamana persoalan ini diajukan kepada golongan remaja. Namun, tidak cukup sekadar itu, ada juga yang mengatakan bahawa "Hidup hanya sekali, jadi jangan lepaskan peluang". Oh, pelbagai ungkapan dan kata-kata yang terkadang bingung memikirkan kebenarannya. Pernah satu ketika di majlis ilmu di sebuah masjid, aku mendengar untaian ilmu yang disampaikan oleh seorang ustaz yang jelas terpancar kejernihan iman diwajahnya, mengatakan bahawa, "Hidup ada tujuan dan jalan, jika kita tersilap memilih jalan dalam kehidupan, pasti kita akan kecundang". Walaupun ungkapannya bersahaja, namun sudah cukup buatku berfikir dan terus berfikir...bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment